Teknik meningkatkan tingkah laku positif & kurangkan t.laku negatif

Memandangkan proses mendidik tidak hanya tertumpu kepada perkembangan intelek semata-mata, penggunaan Ekonomi Token penting untuk membentuk sahsiah cemerlang pelajar.

 Tunggak utama adalah bagaimana untuk menanam dalam jiwa murid bahawa belajar itu memang indah dan menyeronokkan.

 Pelajar membuat koleksi token melalui setiap aktiviti positif yang dilakukan.

 Mereka boleh membuat penukaran token yang diperolehi dengan mana-mana item yang disediakan.

 Ketekunan dan persaingan sihat dalam kalangan murid akan ketara. Beberapa perubahan tingkahlaku negatif telah terhapus.

 Dapat menerapkan disiplin pelajar melalui penarikan token yang telah diperolehi pelajar.Begitu juga jika tidak menjaga adap dan kesopanan ketika belajar.

 Terbentuklah pelajar yang saling hormat menghormati.

 Penularan sikap tanggungjawab dibentuk melalui sewaan item dalam kelas.

 Pelajar yang lupa membawa alat tulis terpaksa menyewa item tersebut menggunakan token yang diperolehi mereka.

0 ulasan: