Memandangkan proses mendidik tidak hanya tertumpu kepada perkembangan intelek semata-mata, penggunaan Ekonomi Token penting untuk membentuk sahsiah cemerlang pelajar.
Tunggak utama adalah bagaimana untuk menanam dalam jiwa murid bahawa belajar itu memang indah dan menyeronokkan.
Pelajar membuat koleksi token melalui setiap aktiviti positif yang dilakukan.
Mereka boleh membuat penukaran token yang diperolehi dengan mana-mana item yang disediakan.
Ketekunan dan persaingan sihat dalam kalangan murid akan ketara. Beberapa perubahan tingkahlaku negatif telah terhapus.
Dapat menerapkan disiplin pelajar melalui penarikan token yang telah diperolehi pelajar.Begitu juga jika tidak menjaga adap dan kesopanan ketika belajar.
Terbentuklah pelajar yang saling hormat menghormati.
Penularan sikap tanggungjawab dibentuk melalui sewaan item dalam kelas.
Pelajar yang lupa membawa alat tulis terpaksa menyewa item tersebut menggunakan token yang diperolehi mereka.
0 ulasan:
Catat Ulasan